Kenapa Manzil.com diwujudkan?

Manzil: Sebuah himpunan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasullullah S.A.W kepada para sahabat sebagai ayat syifa, yakni penawar. Pendinding buat jiwa dan penguat rohani.

Pengaturcaraan
profil

Abdullah Fitri Che Wan

February 14, 2024

Manzil.com

Bismillah.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk-Nya.

Assalamualaikum w.b.t semua, diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya.

Beberapa minggu yang lepas, saya telah pun melancarkan aplikasi web Manzil di laman https://quran-manzil.com . Alhamdulillah, rata rata maklumbalas yang saya terima semuanya positif belaka.

Di dalam entri kali ini, saya ingin berkongsikan pada anda semua mengapa aplikasi web Manzil ini diwujudkan.

Dari mana wujudnya idea untuk membangunkan Manzil?

Secara jujurnya, idea aplikasi web Manzil ini terbit dari pengalaman saya selaku pelajar SMKA dimana di sekolah dahulu kami sering terlibat dengan sesi bacaan ayat-ayat Manzil setiap hari Khamis malam Jumaat di surau pada minggu kedua dan keempat kalau tak silap saya.

Dan saya juga pernah mengalami pengalaman berhadapan dengan perkara-perkara mistik di mana ia berlaku di dalam persekitaran keluarga saya.

Justeru itu, ayat-ayat Manzil ini banyak membantu saya mengatasi perkara-perkara mistik dengan melalui beberapa siri sesi ruqyah yang pernah saya hadapi.

Secara umumnya, ayat-ayat Manzil ini merupakan himpunan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasullullah S.A.W kepada para sahabat sebagai ayat syifa', yakni penawar dan ubat dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta mampu melindungi diri dari sebarang gangguan jin dan sihir.

Dan dari pengalaman-pengalaman itulah, tercetusnya idea dan inisiatif saya untuk membangunkan aplikasi web Manzil ini.

Bagaimana saya membangunkan Manzil?

Saya membangunkan quran-manzil.com dengan menggunakan Next.js sebagai front-end framework bagi paparan user interface (UI) dan juga Redux-saga sebagai state management provider untuk saya stor data dari quran.com API ke dalam global state yang saya set di dalam codebase saya.

Saya tidak terlalu memikirkan terlalu kompleks untuk bahagian UI nya. Oleh demikian, UI yang anda lihat di dalam quran-manzil.com sekarang sangat lah "simple" hasilnya.

Ini kerana saya ingin memastikan fungsi utama Manzil iaitu dapat memainkan audio file yang saya peroleh dari quran.com API terus dari audio player library yang saya gunakan dari react-h5-audio-player.

Alhamdulillah, setelah beberapa siri penambahbaikan. Aplikasi web quran-manzil.com kini boleh diakses secara umum di semua web browser pilihan anda.

Akhir kata.

Sekiranya anda seorang web atau front-end developer yang berhajat untuk menambahbaik feature yang sedia ada di quran-manzil.com. Anda boleh kemukakan cadangan atau raise sahaja PR (Pull request) di repo GitHub saya.

Sekiranya cadangan anda berjaya melepasi penilaian saya, maka saya akan masukkan PR anda untuk deployment quran-manzil.com yang seterusnya. Dan saya juga akan menambah nama anda untuk dimasukkan di dalam "contributor list" di repository nanti.


Sekian sahaja dari saya.

Terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa di ruangan entri kali ini.

Sampai bertemu kembali, In Sha Allah.

© FVTRX. All Rights Reserved.