Hari ini dalam sejarah: 1 April 2022

Terlalu banyak nikmat, dan juga kegembiraan yang terlakar.

Bacaan Umum
profil

Abdullah Fitri Che Wan

April 1, 2022

MGF01042022 SEMPADAN-BUKA25-1

          Image credit: Malaysian Gazette (Hazrol Zainal).

1 April 2022 bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai salah satu peristiwa yang penting di dalam landskap negara kita, Malaysia.

Setelah 2 tahun hampir lamanya, kita bertarung dengan musuh yang berselindung dalam selimut. Di mana kita sendiri pun tidak mampu lihat ia melalui pandangan mata kasar kita.

COVID-19 sememangnya meragut kehidupan kita semua, sejak ia mula menjejakkan kaki nya ke tanah air kita.

Setelah 2 tahun lamanya, mereka yang berkelana di negara seberang tambak.. tidak dapat pulang ke tanah air tercinta dek kerana terikat dengan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di sana.

2 tahun itu, bukanlah suatu tempoh masa yang singkat.

Ada yang kehilangan ahli keluarga. Ada yang bertemu cinta.

Ada yang menempa kejayaan, dan ada juga yang dilanda ujian yang begitu hebat.

Namun, kegembiraan dan nikmat yang telah terjadi pada 1 April 2022 ini.. harus kita raikan dengan sebaiknya.

Sempadan luar negara dibuka sepenuhnya

Seperti mana yang kita ketahui, tepat jam 12 malam semalam. Sempadan darat Malaysia-Singapura telah pun dibuka sepenuhnya.

Twitter:@redzuanNewsMPB

Ternyata, ia mengundang pelbagai reaksi dari para netizen. Dan majoriti daripadanya, mengucapkan "selamat pulang ke tanah air tercinta" buat perantau-perantau ini yang setelah 2 tahun lamanya terkandas di negeri seberang tambak.

Dan pada 1 April 2022, tepat jam 12 malam. Bertebaran lah perantau-perantau ini pulang ke rumah masing-masing. Bertemu ahli keluarga yang tercinta, anak isteri tersayang yang sekian lama menanti kepulangan mereka ini.

Alhamdulillah.

Solat berjemaah di masjid, kini dirapatkan saf nya

Bagaikan sebuah anugerah terindah menjelang tibanya Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan dari Dia yang Maha Penyayang.

1 April 2022 juga mempamerkan kesemua masjid dan surau telah pun memulakan prosedur untuk merapatkan semula saf bagi melangsungkan sesi solat berjemaah untuk kelima-lima waktu.

Twitter:@BernamaTV

Jujurnya, ia sebuah hari yang sangat bermakna di mana perasaannya bercampur aduk.

Gembira, sebak, terharu. Ia nya bercampur aduk.

Twitter:@fvtrx

Dan saya pasti, majoriti dari anda amat merindukan suasana solat berjemaah secara beramai-ramai di mana saf nya dirapatkan dan diluruskan.. dan saya juga turut tidak terkecuali.

Alhamdulillah, syukur kehadrat-Nya. Kini kita akan kembali kepada suasana itu, walaupun ia mungkin akan mengambil masa untuk kita menyesuaikan diri semula.

Walau bagaimanapun, SOP dan pelaksanaan penjagaan kendiri masih perlu dititikberatkan supaya kita dapat membendung diri kita dari dijangkiti wabak COVID-19 yang masih berleluasa penyebarannya.

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua yang membaca artikel ini:

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan maghfirah.

Semoga amalan dan ibadah Ramadhan kita pada tahun ini, In Sha Allah diterima dan di angkat darjatnya oleh Allah S.W.T

Dan semoga Ramadhan kali ini, membawa 1001 makna dan kegembiraan kepada anda semua hendak-Nya. Ameen In Sha Allah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak, dari saya. Abdullah Fitri

© FVTRX. All Rights Reserved.