Berita baik untuk semua pengaturcara Flutter!

Anda kini tidak perlu merasa pening kepala untuk mengaturcara UI Flutter...

Pengaturcaraan
profil

Abdullah Fitri Che Wan

January 24, 2022

FlutterBricks - Pre-Built Widgets for Flutter

Khas untuk semua penggemar Flutter, sebuah framework yang digunakan untuk membangunkan aplikasi untuk telefon pintar dan tablet bagi iOS & Android.

Anda kini tidak lagi perlu risau | kusut | runsing kepala, apabila berdepan dengan pembinaan antaramuka pengguna (user interface) untuk Flutter.

Kerana anda kini boleh menggunakan pre-built widgets sedia guna di FlutterBricks.

Apa itu FlutterBricks? 🤨

Screen Shot 2022-01-25 at 1.08.24 AM

FlutterBricks ialah sebuah provider yang membekalkan para pengaturcara Flutter dengan pre-build widgets tersedia untuk diguna bagi proses membangunkan antaramuka pengguna (user interface) bagi sesebuah aplikasi telefon pintar ataupun tablet.

Screen Shot 2022-01-25 at 1.08.46 AM

Walau bagaimanapun, ia masih lagi dalam peringkat alpha dan beta release. Namun, anda kini boleh mengakses beberapa pre-built widgets FlutterBricks melalui laman sesawang rasmi mereka, ataupun anda boleh sahaja memuat turun extension FlutterBricks di Visual Studio Code IDE.

Screen Shot 2022-01-25 at 1.17.21 AM

Berbaloi untuk digunakan? 🤔

Jika anda mempunyai masalah seperti:

  • Mengambil masa yang agak lama untuk membentuk antaramuka pengguna (user interface) untuk pembangunan aplikasi telefon pintar anda dengan Flutter
  • Sukar untuk mendapatkan visual dan rekabentuk yang minimalistik dan mesra pengguna
  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan struktur pembangunan widget di Flutter, kerana anda terbiasa dengan struktur tradisional HTML, CSS dan JavaScript/TypeScript

Maka, FlutterBricks adalah jawapan yang terbaik untuk anda!

Di samping ia memudahkan anda dengan set pre-built widgets yang disediakan oleh FlutterBricks, anda juga boleh memahami cara implementasi yang telah ditunjukkan di dalam dokumentasi mereka yang tersedia di laman sesawang rasmi FlutterBricks.

Jangan lepaskan promosi Premium Plan 😱

Screen Shot 2022-01-25 at 1.36.16 AM

Ketika ini, anda boleh mendapatkan pakej Premium FlutterBricks dengan harga serendah $5.99 (RM25.06) untuk tempoh sebulan.

Dengan pakej Premium, anda akan menikmati akses-akses FlutterBricks dengan sepenuhnya seperti:

  • Access to All Screens
  • Free Weekly Updates
  • Everything on the Free Plan
  • Dev Updates and Beta Trials
  • Premium Support

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi para penggemar Flutter!

Sekian dari saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca di entri ini.

© FVTRX. All Rights Reserved.